Thursday 17 March 2016

ADAB BELAJAR

ADAB BELAJAR

THE BEST TEACHER IS YOUR MISTAKE Setiap orang yang menuntut ilmu pasti akan ada guru yang mengajarnya. Tapi, bagaimana pula pergaulan kita dengan guru? Apakah kita sebagai anak muridnya mengikuti garis panduan seorang pelajar yang telah digariskan dalam Islam atau tidak? Kalau kita lihat, peranan seorang guru yang bersungguh-sungguh dalam mendidik dan memberi pendidikan kepada pelajarnya amatlah bernilai. Sudah pasti, guru memang memberikan yang terbaik buat anak muridnya supaya mereka menjadi orang yang cemerlang malah berguna pada masa akan datang. Oleh sebab itu, kita sebagai seorang pelajar wajiblah menghormati dan menyanyangi guru serta memelihara adab-adab terhadap guru. 



Antara adab-adab yang patut dipatuhi semasa menuntut ilmu :

  •      Memberi salam dan sentiasa menghormatinya. Di sekolah, kita akan selalu jumpa guru, begitu juga bila kita berada di luar, contohnya di pasar malam dan di pasaraya. Apabila terjumpa mereka, berilah salam, senyuman dan berjabat tangan sekiranya guru tersebut sama jantina dengan kita.
  •     Duduk dalam keadaan sopan dan tenang. Apabila berada di dalam kelas mahupun di dalam biliknya, be polite. Duduk la dengan sopan dan tenang supaya mata yang menengok pun tenang je. Jika guru sedang mengajar atau menerangkan Sesuatu ilmu, listen carefully. Apa yang keluar dari mulut guru tu (ilmu yang bermanfaat dan berkaitan), boleh kita ambil sebagai ilmu baru bagi kita.

  •       Minta izin jika hendak bertanyaTime kita belajar, pasti ada perkara yang kita nak tanyakan kepada guru, kan? Kita nak dapatkan apa yang tak sahih, di sahihkan dan apa yang samar, dijelaskan. So, seelok-eloknya sebelum kita bertanyakan sesuatu tu, mintalah izin dulu kepadanya. Ini supaya memberi ruang kepada guru tersebut untuk menjawab pertanyaan kita yang mungkin berjela-jela. Dan juga carilah masa yang sesuai untuk kita bertanya supaya kita tak mengganggu masa rehat guru tersebut, misalnya.
  •        Memberi bantuan kepada guru. Sikap ringan tulang memang disukai orang. Bukan saja kepada ibubapa, rakan-rakan saja kita patut tolong, guru pun kita mesti berikan pertolongan kepadanya jika dia berada dalam kesusahan. Tolongla guru dengan ikhlas, pasti kita akan dapat balasan yang baik. Contohnya, kita sedang berjalan nak ke kelas, lepas tu kita terserempak dengan guru kelas kita yang bawak banyak buku ditangannya. Lepastu kita jalan straight je. Patutkah macam tu? Memang tak patut kan! Jadi apa salahanya tolong dia bawak separuh @ semua buku di tangannya tu.
  •            Hindari daripada menyinggung perasaan guruLet say, guru kita tu adalah seorang guru praktikal yang muda dari kita. Walaupun dia muda dari kita, jangan la kita berlagak besar pula ye. Dia sedang mengajar kat depan, kita kat belakang main-main atau bercakap dengan kawan kita. Kalau la guru tu jenis yang sensitif, mesti lepas tu terus keluar kelas. Ha!! Nampak tak? Kita dah sakiti hati dia. Kan sepatutnya kita jaga hati dia bukan sebaliknya tau. Sebaiknya, minta maaf dan berjanji dengannya bahawa takkan ulangi lagi kesalahan macam tu.
  •                 Jangan mengumpat guru. Allah amat murka akan orang yang mengumpat. Tentu sahabat-sahabat tahu balasan orang yang mengumpat kan? Ianya seperti memakan daging saudara kita sendiri. Jadi, janganla kita mengumpat guru, ibubapa, kawan-kawan dan masyarakat sekeliling. Tak baik!!
  •         Tidak meninggikan suara ketika bercakap dengan guru. Sepatutnya, ketika bercakap dengannya, gunalah bahasa yang baik dan enak di dengar. Guru pun selesa hendak bermuhadasah dengan kita. Kalau kita cakap tengking-tengking, sapa yang nak dengar cakap kita. Sesetengah dari sahabat-sahabat kan ada yang belajar komunikasi. So, semestinya boleh berkomunikasi dengan baik la.    

1 comment: