BELAJAR SECARA BERKESAN
1. BACA ATAU DENGAR
Ini merupakan satu perkara yang paling asas ketika kita
belajar. Untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan, sudah pastinya kita perlu
rajin untuk membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan subjek yang dipelajari
tidak kira samada membaca buku teks ataupun “slideshow”.
Jika kita bukan merupakan seseorang yang suka membaca, setidak-tidaknya
berikan perhatian semasa si dalam kelas dan tumpukan perhatian apa yang
diajarkan oleh pensyarah. Jadi, pastikan anda membaca atau mendengar supaya anda tahu apa yang perlu anda tahu.
2. TAHU APA YANG DIPELAJARI
Semasa membaca atau mendengar apa yang dipelajari, kita
perlu tahu apa yang sedang kita pelajari itu.
Tiada gunanya jika kita menghabiskan masa berjam-jam membaca
ataupun memberikan sepenuh perhatian untuk mendengar jika kita tidak tahu apa
sebenarnya yang kita sedang pelajari.
Jadi, pastikan yang anda tahu apa yang anda baca atau dengar
supaya dapat memahami apa yang dipelajari.
3. FAHAM APA YANG DIPELAJARI
Sudah tentu kita perlu faham apa yang kita pelajari jika
kita ingin mendapatkan ilmu dan pengetahuan tersebut. Kita juga perlu memahami
istilah-istilah yang digunakan serta apa yang ingin disampaikan.
Apa yang paling penting ialah kita perlu faham pada tahap
dimana kita mampu meletakkan diri kita di dalam situasi seperti yang kita
pelajari dan ingat apa yang kita pelajari.
4. BAYANGKAN KITA BERADA DALAM SITUASI TERSEBUT
More or less, this one is optional, hehe. Jika anda mampu
membayangkan diri anda berada di dalam situasi tersebut, maka anda telah
mencapai tahap kefahaman yang mengkagumkan.
Jika anda mampu berimaginasi, itu bermakna anda mungkin
dapat menerangkan apa yang anda pelajari menggunakan pengetahuan anda sendiri
di mana anda mungkin dapat mencipta contoh-contoh anda sendiri.
5. INGAT PERKARA PENTING
Memang tidak dapat dielakkan lagi di mana kita juga perlu
ingat dan menghafal perkara-perkara yang penting.
Percaya atau tidak, ini merupakan perkara yang paling
dibenci oleh semua pelajar termasuk saya sendiri kerana ia merupakan penyumbang
utama yang membuat kita merasa tertekan.
Tetapi anda tidak perlu risau, jika anda ikut tips-tips yang
sebelum ini, secara automatiknya anda akan dapat ingat dan menghafalnya dengan
begitu mudah.
Untuk memudahkan lagi cara tersebut, anda hanya perlu ingat
“keyword” yang penting sahaja.
Nota hanya merupakan satu “tools” di mana ia memberikan
kemudahan “fast access” dan juga “flexibility” di mana kita boleh membawa ia
kemana-mana jua. Untuk keselamatan kita, nota ringkas adalah salah satu
keperluan yang perlu kita ada.
Nasihat saya pada anda semua, buatlah nota ringkas
seawal-awal yang mungkin. Kita hanya perlu membaca nota-nota itu sahaja ketika
kita hendak menempuhi exam kelak.
No comments:
Post a Comment